Resepi Ayam Masak Berlado/Paprik

Hi korang....


Rasa nak share resepi baru favourite saya hihihi. Menu ni sy panggil masak paprik sebab abg ipar yang cakap macamtu,so sy ikut jelaa hahaha. Eh tapi takdela favourite sangat,tapi suka la dengan menu tu. Sedap! Masakan ni pedas la sikit,kepada yang suka makan pedas tu boleh la cuba geladah dapur korang untuk cuba resepi ni. Sebenarnye belajar dari abang ipar resepi ni mase duduk KL,pastu time balik rumah saya try la applykan ilmu yang diturunkan ni utk hidangan tengahari kami. So,pung pang pung pang la kat dapur cuba buat masakan ni hehehe 😜

Ok jom tengok bahan-bahan.

Bahan-bahannya (cadangan dalam 2-4 orang makan je)

  • Ayam digaul garam kunyit
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 4 batang cili merah & 6 batang cili hijau
*yg ni ikut korang la nk guna cili merah ke cili hijau. saya campur je nak bagi warna yang menarik. kihkihkih
*bilangan batang cili padi tu tak kisahla berapa,kalau korang nak makan satu keluarga camtu, ambikla banyak sikit. Biasenye sy buat utk hidangan 2-4 org makan je,so sy ambik 10 batang cili padi
  • 1 cm halia
  • Belacan(sebesar ibu jari korang je)
  • Garam dan gula
  • Minyak memasak

Cara-caranya

1.  Goreng dulu ayam

goreng separuh masak yee
jangan goreng terlalu lama yee,nanti keras ayam sbb lpas ni akan masukkan dalam kuali balik untuk step seterusnya. lepastu kan keluarkan dari kuali dan biarkan sekejap.



2.  Dalam masa yang sama, potong halia, bawang besar, bawang putih dan cili merah serta cili hijau.
**OPTIONAL : kalau korang jenis makan pedas, korang boleh tambah cili padi ye.

3.  Kalau korang ada food processor, masukkan kesemua bahan hirisan tadi bersama belacan dalam food processor je. Kalau takde, boleh je blend kasar kasar. Time blend tu, masuk air sikit tapi jangan banyak sangat. 

jadila macam ni ye

4. Seterusnya masukkan kisaran bahan ni ke dalam kuali(guna kuali yang goreng ayam tadi je) dengan api yang sederhana. tapi buang la sikit minyak tu,sebab kite nak guna utk tumis bahan ni je. kalau banyak minyak,tak sedap pulak menu kite satgi. tak gitteww ? hihihi




5. Apabila kuali dah panas sikit,terus masukkan bahan kisaran ni dan tumis macam biase. macam kite buat ayam masak merah tu haaa. Lepastu masukkan je ayam separuh masak tadi ke dlm kuali dan kacau sekali. Tambah ape yang patut(garam,gula,dll) ikut citarasa masing-masing.

6. Agak agak dah ngam dengan citarasa masing-masing,bolehla hidang utk seisi keluarga. Cara ni jgk boleh buat utk ikan(ikan keli biasenye) atau telur jugak tau. sama je steps dia



itu sahaja untuk entry kalini. jumpa lagi! 👋


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple dan Pedas

Resepi Nasi Ayam