Resepi Kek Coklat Puding Karamel

Assalamualaikum..

Dah lama tak bersiaran..
Tak sempat nak buat entry sebab sibuk dek assignment yang bertimbun..
huhu.. 😀

Bermulanya saya suka kek yang nak dikongsikan ni time rumah atok buat majlis,pastu mak sedara pulak datang promote bagai satu kek ni untuk dirasai ramai. So,saya rasa la.. pergh kemain sedapppppp yummy! Rasa nak makan je sorang sorang sampai habis hehehe

Pastu bisik punya bisik nak mintak resepi,boleh pulak mak sedara suruh cari sendiri resepi kat pakcik google. Apelagi,zapppppp saya terus google resepi kek tu. Pastu jumpa la satu blog ni yang share resepi kek yang saya cari (dari dapur). Saya pun cuba la buat kat rumah dan inilah hasilnya 💋

Tadaaaaa! Maafla background tak cantik hahahaha

Jadi,inilah bahan-bahan dan cara nak buat kek coklat karamel.

Bahan dan Cara Membuat Karamel 

- 2 sudu makan gula

#1 Panaskan periuk dengan api kecil dan masukkan 2 sudu besar gula. Biarkan ianya mencair secara perlahan-lahan. Apabila gula sudah cair,tuangkan ke dalam loyang 8 x 8/ segi empat bagi membentuk tapak /base karamel. Goyangkan sedikit loyang supaya semua kawasan dilitupi. Siap!



Bahan dan Cara Membuat Puding Karamel

  • 1 cawan susu pekat manis
  • 1 cawan susu cair
  • 3 biji kuning telur
  • Sedikit esen vanilla
#1 Masukkan bahan-bahan untuk membuat karamel ke dalam pengisar. Kisarkan bahan-bahan hingga sebati. Kemudian, tapis adunan karamel tadi utk dapatkanhasil yang halus. Setelah siap tuangkan adunan karamel ke dalam loyang yang berisi gula hangus yang siap tadi. Lalu,kukus karamel selama 20-25 minit.

TIPS : Balutkan penutup pengukus dengan kain bersih utk elakkan wap air menitik masuk ke dalam adunan puding.

#2 Apabila sudah masak,biarkan sehingga betul-betul sejuk. Siap bab lapisan atas kek coklat karamel kukus ni.


Bahan dan Cara Membuat Kek Coklat Tanpa Telur

Bahan ayak A :
  • 1 Cawan tepung naik sendiri
  • 1 Cawan serbuk kokovan houten untuk kek sedap dan tak pahit
  • 1 sudu teh baking powder
Bahan B :

  • 1 Cawan air panas yang betul-betul mendidih utk dapatkan kek lembut dan lembab
  • 1/2 Cawan susu pekat manis
  • 1/2 Cawan minyak jagung /masak/sayuran 
  • 1/4 Cawan gula halus
  • 1 Sudu teh esen vanilla 

Caranya :

  1. Masukkan air dalam pengukus,buka api yang besar dan biarkan air mendidih. Terus ayak bahan-bahan A. Kalau nak cantik 2-3 kali supaya tersebar elok
  2. Masukkan bahan B dalam bekas yang besar. Mula kacau dan tambahkan bahan-bahan ayak sedikit demi sedikit. Kacau manja dengan spatula
  3. Tapis bahan-bahan utk dapatkan tekstur kek yang cantik. Guna senduk dan masukkan ke lapisan puding karamel yang disejukkan tadi. Guna api yang kecil untuk elak kek masak terlalu cepat dan mudah retak. Kukus 50-65 minit macamtu.
  4. Selepas sejam,sedia untuk disediakan heheh




Resepi ni saya google sumber daripada : daridapur 👀



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple dan Pedas

Resepi Nasi Ayam