Resepi Kek Choc Moist

Assalamualaikum korang! ✌

Nak share serba sedikit resepi kek choc moist yang diketahui sememangnya ramai dikalangan kita yang suka makan kek ini terutamanya penggemar chocolate. Betul ke idokk? hehe

Mana tak nye kalau tak tertarik dengan "moist" dia tu. Lelehhhhh kauu haa! Saya penggemar chocolate,so saya suka la kek kek macamni kalau nak dibandingkan dengan kek yang bersalutkan cheese. Memang tak la saya nak makan,sbb cheese is not my favourite! tak sebati dlm hidup saya acewah 😂😃 haha ok dah,banyak pulak cakap. 

So,jomla tengok bahan ape yang diperlukan untuk hasilkan kek kalini 👀 

Bahan-bahan :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ buttercup dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek (saya guna tepung gandum je)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla


Dalam ni takde gambar telur,buttercup hehe tak teringat nak masukkan sekali 😄

Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus



  1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali.Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata.
  2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
  3. Pukul telur hingga kembang(kalini saya blend je telur 4 biji tu hehe sebab nak cepat punya pasal) Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
  4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
  5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
  6. Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
  7. Kukus kek selama 1jam.

Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus

1 cawan susu pekat manis
1 sudu makan serbuk koko
2 sudu minyak masak

Masukkan semua bahan ke dalam kuali atau periuk.Kacau perlahan sehingga larut.Angkat setelah cairan coklat mulai mendidih.S
ejukkan sebentar sebelum dituang atas kek coklat kukus.

Ni campuran semua bahan-bahan tadi yg saya masukkan ke dlm periuk


Saya guna teknik kukusan dlm menyediakan kek ini, boleh je korang nk guna teknik lain pun. takde sape yang halang hehe. Bagi saya,kukus la yang biase sy guna selama buat kek ni. hikhik

Nah! selepas 1jam tunggu. Ini hasilnya hehe. Maafla tak cantik sikit rupa parasnya,tapi isinya sodapppp! lembut gittew hahaha macam kek secret recipe dah,

k,takdela gurau je. ✌

Buat bulat kat tengah2 tu saje je,kononya kreatif hahaha. dah macam cupcake pulak yang kecik tu. saya guna gelas untuk buat bulatan tu. hehehe takde keje kan? 😂

Resepi ni pun kakak saya main google je dalam internet. So,saya mintakla dia share jugak,sebab masetu nak jugak makan kek coklat.

ini sahaja untuk entry kalini,sekian! bye korang.. ❤


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple dan Pedas

Resepi Nasi Ayam