Resepi Coklat Brownies Yummy!



Hai assalamualaikum semua 😊 😊



Ada masa lapang ni,saya nak kongsikan satu resepi dessert yang mostly digemari ramai especially remaja sekarang. Bukan setakat sebaya kita je yang suka benda alah ni,budak 4 tahun pun suka tau makan. 




Coklat Brownies  ini sangat popular di masyarkat malaysia kerana rasanya yang sangat sedap dengan 3 jenis coklat di dalamnya. resepi ini mudah dibuat kerana brownies ini jenis yang tebal dan dense serta berat.Sebenarnya kek ini sudah cukup lama popular dan dikenali dengan nama Chewy Gooey Yummy Brownies

Bila korang ingin mendapatkan rasa yang lebih sedap mesti menggunakan bahan-bahan brownies yang agak mahal sedikit dan pilihlah chocolate masakan yang berkualiti. Takpela mahal sikit kan,asal kita makan tu mmmm puas hati dan ngam dengan citarasa kita...hikhikhik... Selain tu korang boleh pakai pure butter dan chocolate Chips atau Kacang bila suka. Ok ini bahan-bahannya ; 👇

Bahan :

·  125 gm tepung gandum
·  100 gm butter - saya gunakan jenama anchor
·  300 gm dark chocolate - saya pakai jenama beryls
·  3 biji telur size A
·  100 gm gula perang - bila ingin gunakan gula castor kurangkan menjadi 80 gm sahaja.
·  1 tsp esen vanilla
·  1/4 cawan white chocolate chips
·  1/4 cawan chocolate chips
·  1/2 tsp garam

Cara Penyediaan :




1. panaskan oven bersuhu 160' C kemudian potong butter dan coklat bar menjadi bahagian kecil-kecil dan cairkan bahan tadi dengan kaedah Double-Boiler sampai benr-benar cair, bila dah cair angkat dari api.

2. masukan gula kedalam bahan tadi dan kacau sebati kemudian masukan esen vanilla, masukan telur sebiji demi sebiji. setiap sebiji masuk kacau sekejap menggunakan senduk. 

3. masukan garam bersama tepung kemudian kacau. kemudian masukan chocolate chips dan simpan sedikit untuk tabur diatas nanti.

4. tuang dalam acuan yang digris kemudian diletakan kertas alas. kertas alas bagi lebih sedikit ke atas supaya senang bila tarik brpwnies dari acuan. kemudian taburkan sisa chocolate chips diatas adunan tadi. anda boleh menambahkan almond atau walnut jika suka.

5. akhir sekali, bakar adunan dalam oven bersuhu 160'C selama lebih kurang 40 minit atau sehingga masak. tetapi, jangan terlebih masak kerana nanti agak kering dan tidak sedap. 

6. brownies siap dihidangkan tetapi bila ingin lebih sedap simpan di dalam freezer dan makan keesokan harinya.

sebenarnya, resepi chocolate brownies  ini berasal daripada sumber google, tapi sudah saya ubahsuai sikit agar sesuai dengan selera saya. okay, sampai jumpa lagi di entry sedap selanjutnya. yumm!


Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple dan Pedas

Resepi Nasi Ayam