Resepi Nasi Goreng Kampung Simple dan Pedas

Assalamualaikum,entry kalini pulak saya nak kongsikan resepi nasi goreng kampung iaitu masakan yang paling digemari ramai.



Nasi goreng kampung sangat mudah di dapati di Malaysia kerana semua orang boleh buat dan menggemarinya. Nasi goreng memang memiliki banyak versi dan salah satu resepi yang pernah caya cuba adalah nasi goreng pataya dan nasi goreng main campak campak je(nasi goreng hidangan pagi hahaha)  tetapi nasi goreng kampung sangat berbeza dengan nasi goreng lain kerana nasi goreng ini sangat popular dengan rasanya yang pedas. 

Sebenarnya, semua orang boleh dapat menghasilkan nasi goreng yang sedap tetapi mesti betul kena teknik dan caranya. Apabila saya memasak nasi goreng biasanya saya menggunakan nasi yang sudah sejuk dan kalau dapat saya guna nasi yang tidak lembik dan menggumpal.

Sebab sangat tidak elok dan cantik apabila nasi goreng bergumpal-gumpal macam itu dan melekit. hehehe mesti korang pun tak suka kan makan nasi yang lembik dan menggumpal. samalah macam saya 😝 dalam memasak ni boleh je korang masukkan apa bahan yang korang suka. contohnya telur mata kerbau ke itik ke hihihi. telur dadar pun boleh jugak!


Bahan-Bahan
  • 4 - 5 cawan nasi sejuk
  • 7 tangkai kangkung - disiang bersingan dan dan batang
  • 3 tangkai kacang panjang - opsyenal - hiris kecil-kecil
  • 2 biji telur - pukul sedikit
  • garam secukupnya
  • telur mata - untuk hiasan
  • hirisan tomato - opsyenal
  • 2 biji cili merah - hiris nipis
Bahan Tumbuk 
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 8 biji cili padi - boleh tambah apabila suka pedas
  • 1 camca besar ikan bilis - rendam kemudian toskan
  • 1 camca besar udang kering - rendam kemudian toskan


Cara Membuat Nasi Goreng Kampung

1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau dan harum. masak hingga agak garing menggunakan api kecil tetapi kacau sentiasa supaya tidak hangus. kemudian ketepikan sekejap pada tepi kuali.

2. masukan telur kemudian masak sekejap hingga kental dan hancurkan telur tersebut. selepas itu gaul rata telur dengan bahan-bahan rencah yang di goreng tadi.. masukan kacang panjang bersama batang kangkung kemudian kacau rata.

3. masukan nasi hingga nasi dan semua bahan tadi bercampur rata..masak dengan api sederhana hingga nasi sudah agak garing. sambil di kacau sekali sekala.. selepas itu masukan daun kangkung dan masak hingga daun kangkung menjadi layu.

4. akhir sekali, masukkan cili merah yang sudah di hiris tadi dan persakan dengan garam secukupnya.. apabila sudah masak boleh lah matikan api. Sedia untuk hidangkan kepada keluarga tersayang 💋


Yummy! Ni salah satu nasi goreng kegemaran saya. 😽

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Kek Batik Biskut Marrie Paling Simple

Resepi Nasi Ayam