Resepi lasagna leleh

Hye koranggg! πŸ‘€


Harini saya akan berkongsi  resepi lasagna leleh yang mudah dan ringkas. 😁




 Sebenarnya ini kali pertama saya buat lasagna. Rasa ingin mencuba tu membuak-buak lepas saya makan yang kawan buatkan masa kitorang ada portluck kecil-kecilan di pantai. Kitorang buat reunion sekolah rendah kononnya,so berbincanglah untuk bawak makanan masing-masing. Saya tak bawak makanan pun,bawak diri je time tu. Tak adil kan ? Hahaha

Try la tanya kawan pasal resepi lasagna dia buat tu. Sedapppppp !!

'weh kau buat cemana benda alah ni?'

'alaaa wei,aku google je resepi dia,pastu aku try la buat' 

 Balik rumah tu terus google resepi lasagna ni. Tupp! Terus rajin nak geladah dapur.

Ok, jom tengok bahan ape yang perlu kita geladah dapur dan macam mana cara nak buat lasagna mudah dan sedap ni.


Bahan inti lasagna

  • 1 pack lasagna instant
  • 1 pack daging kisar ramlee
  • 3 biji bawang merah (dipotong dadu)
  • 6 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 1/2 batang carrot (dipotong dadu)
  • 1 tin cendawan (dihiris)
  • 1 tin sos spaghetti Kimball
  • 3 sudu sos cili
  • 1 sudu lada hitam
  • 1 sudu gula
  • 1/2 sudu garam

Cara masak inti lasagna


  1. Rebus lasagna instant sehingga lentur (tidak masak sangat), tos dan susun diatas dulang/bekas
  2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan daging kisar dan masak hingga air daging kering.
  4. Masukkan sos spaghetti dan biarkan sebentar.
  5. Masukkan cendawan, carrot, dan serbuk oregano.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Angkat dan ketepikan.

Bahan sos putih
  • 1 pack cheddar cheese
  • 2 sudu mentega
  • 2 sudu tepung gandum
  • 2 cawan susu segar full cream
  • 1/2 sudu garam

Cara masak sos putih
  1. Panaskan mentega hingga mencair.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau dan masak hingga kekuningan.
  3. Masukkan susu segar full cream dan gaul hingga rata.
  4. Masukkan cheddar cheese dan gaul hingga cair dan sebati.
  5. Masukkan sedikit garam dan masak hingga sos likat.

Bahan layer lasagna
  • mozarella cheese
  • parmesan cheese

Cara-cara buat lasagna

  1. Sapu loyang dengan mentega.
  2. Letakkan lasagna instant yang telah direbus tadi dilapisan bawah.
  3. Letakkan inti daging diatasnya menutupi kepingan lasagna.
  4. Layerkan inti daging dengan sos putih yang telah dibuat.
  5. Taburkan mozarella cheese dan parmesan cheese.
  6. Ulangi langkah semula hingga loyang penuh.
  7. Masukkan lasagna dalam oven dengan suhu 160 C selama 40 minit.

Selamat mencuba! πŸ‘



Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Kek Batik Biskut Marrie Paling Simple

Resepi Nasi Ayam