Nasi Tomato & Ayam Masak Merah



Hye uolls! πŸ‘‹πŸ’ž



NASI TOMATO 

Bahan-bahan:
  1. 1 labu bawang sederhana besar - hiris halus -Bahan A
  2. 2 ulas bawang putih - tumbuk - Bahan A
  3. 3cm halia - tumbuk - Bahan A
  4. Rempah ratus ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, jintan manis & putih ) -Bahan A
  5. 5-6 sudu tomato puree
  6. 2-3 cawan beras basmathi
  7. Air ( lebih 1/2-1 cawan daripada masak nasi biasa )
  8. Mentega
  9. Minyak untuk menggoreng
  10. Garam, serbuk rasa
  11. Daun pandan
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan 3 sudu mentega di dalam kuali, goreng Bahan A hingga naik bau dan masak, masukkan tomato puree dan tutup api.
  2. Basuh beras di dalam periuk nasi dan kemudian masukkan Bahan A yang sudah digoreng ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan tambahkan air dan 1-2 sudu mentega lagi. Agak-agaklah air tu tapi saya lebihkan 1/2 cawan air untuk 2 sukatan beras. Masukkan garam dan masak seperti biasa.
  3. Bila nasi dah masak, buka penutup periuk dan kacaukan nasi bagi rata. InsyaAllah nasi akan naik cantik je.


AYAM MASAK MERAH 

Bahan-bahan:

  1. 1 labu bawang besar, 3 ulas bawang putih, sedikit halia- blend Bahan A
  2. 1 labu bawang besar - hiris halus - Bahan A
  3. 3 sudu cili boh/giling
  4. 3 sudu tomato puree
  5. Rempah ratus ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, jintan manis & putih ) -Bahan A
  6. Ayam separuh ekor potong ikut saiz yang disukai.
  7. 2 sudu gula
  8. Sedikit air
Cara-cara:
  1. Goreng ayam dengan kunyit dan garam terlebih dulu. Saya suka potong ayam kecil-kecil, lebih garing dan tak muak makan.
  2. Dalam kuali berisi minyak panas, gorengkan Bahan A sampai naik bau atau garing.
  3. Masukkan cili boh dan tomato puree. Goreng sampai cili garing dan masukkan air. Tambahkan  gula, garam dan serbuk rasa dan gaul rata.
  4. Masukkan ayam goreng dan gaul sampai ayam tu cantik je warna merah. Kalau suka boleh tambah kacang peas. Hehe
Lepastu sedia untuk hidangkan sebagai juadah bagi seisi keluarga tercinta. πŸ’•

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Kek Batik Biskut Marrie Paling Simple

Resepi Nasi Ayam