Pavlova Gebu Gebas

  • Hye uolls! 

Mesti korang suka makan pavlova kan? Betul tak...hehehe manis jugakla makanan ni,yang mengidam nak makan pavlova ni boleh la try kat rumah. Jimat uolls! Boleh buat banyak banyak. Yelaa,kat luar sana kan harga nya kemain mahal jugak la even yang mini tu. So,ni resepi 😉







  • Bahan-bahan ;
  1. 4 biji putih telur
  2. 3/4 cawan gula kastor
  3. 1 susu besar tepung jagung
  4. 1 sudu teh esen vanila
  5. 1 sudu teh cuka makan

          Bahan-bahan hiasan ;
  • Wiping Cream
  • Strawberry di potong dadu
  • Kiwi di potong dadu
  • Blueberry
  • Markisa di hiris
           
            Cara-cara membuat pavlova ;

  1. Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu.
  2. Masukkan gula kastor sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
  3. Masukkan tepung jagung, esen vanila, dan cuka dalam bekas kecil. Kacau hingga rata.
  4. Masukkan ke dalam adunan telur dan gaul hingga rata.
  5. Letakkan adunan di atas baking paper yang telah di buat bulat.
  6. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 120 darjah selama 1 jam atau hingga masak.
  7. Tutup oven dan sejukkan pavlova.

          Cara buat hiasan pavlova ;
  1. Whiping cream di pukul dengan kelajuan maksima hingga kental.
  2. Letakkan whiping cream di atas pavlova guna piping bag.
  3. Hias dengan strawberry, kiwi, blueberry dan markisa.



Bila nak beli buah untuk hias atas kite punya pavlova tu,pilihla yang fresh fresh. Baru sedap makan uolls dan jangan salah ambil yang masam pulak hikhikhik 😜

Comments

Popular posts from this blog

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Resepi Kek Batik Biskut Marrie Paling Simple

Resepi Nasi Ayam