Posts

Showing posts from 2017

Resepi Kek Coklat Puding Karamel

Image
Assalamualaikum.. Dah lama tak bersiaran.. Tak sempat nak buat entry sebab sibuk dek assignment yang bertimbun.. huhu.. 😀 Bermulanya saya suka kek yang nak dikongsikan ni time rumah atok buat majlis,pastu mak sedara pulak datang promote bagai satu kek ni untuk dirasai ramai. So,saya rasa la.. pergh kemain sedapppppp yummy! Rasa nak makan je sorang sorang sampai habis hehehe Pastu bisik punya bisik nak mintak resepi,boleh pulak mak sedara suruh cari sendiri resepi kat pakcik google. Apelagi,zapppppp saya terus google resepi kek tu. Pastu jumpa la satu blog ni yang share resepi kek yang saya cari (dari dapur). Saya pun cuba la buat kat rumah dan inilah hasilnya 💋 Tadaaaaa! Maafla background tak cantik hahahaha Jadi,inilah bahan-bahan dan cara nak buat kek coklat karamel. Bahan dan Cara Membuat Karamel  - 2 sudu makan gula #1 Panaskan periuk dengan api kecil dan masukkan 2 sudu besar gula. Biarkan ianya mencair secara perlahan-lahan. Apabila gula sudah cair,tu

Resepi Nasi Ayam

Image
Assalamualaikum uolls! Nasi ayam ni jugak adalah salah satu makanan favourite saya. hehehe Tadaaaaaaa! Jumlah Hidangan :   4 orang makan Bahan-Bahan: Bahan untuk ayam (direbus) : 1 ekor ayam dipotong 8 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 2 cm halia, ditumbuk halus 1 kiub ayam Bahan untuk ayam (diperap) : 1 sudu besar kicap pekat 1 sudu besar sos tiram 1 cm halia, ditumbuk halus 2 ulas bawang putih, ditumbuk halus 1 sudu besar kicap cair Sedikit madu untuk sapuan Bahan untuk nasi: 3 cawan beras 4 cawan air rebusan ayam 2 sudu besar butter 1 cm halia ditumbuk halus 3 ulas bawang putih ditumbuk halus Sedikit garam 2 bunga lawang* 4 buah pelaga* 1 kayu manis* 1 batang serai ketuk 2 helai daun pandan Sedikit kunyit untuk warna dan aroma Bahan untuk sos: 5 biji cili merah 3 ulas bawang putih 2 cm halia 1 sudu besar cuka 1 sudu teh garam 1 sudu teh gula 1/2 cawan air rebusan ayam Bahan untuk sup: Air rebusan ayam 1 biji

Resepi Kek Choc Moist

Image
Assalamualaikum korang! ✌ Nak share serba sedikit resepi kek choc moist yang diketahui sememangnya ramai dikalangan kita yang suka makan kek ini terutamanya penggemar chocolate. Betul ke idokk? hehe Mana tak nye kalau tak tertarik dengan "moist" dia tu. Lelehhhhh kauu haa! Saya penggemar chocolate,so saya suka la kek kek macamni kalau nak dibandingkan dengan kek yang bersalutkan cheese. Memang tak la saya nak makan,sbb cheese is not my favourite! tak sebati dlm hidup saya acewah 😂😃 haha ok dah,banyak pulak cakap.  So,jomla tengok bahan ape yang diperlukan untuk hasilkan kek kalini 👀  Bahan-bahan : 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak/ buttercup dicairkan 1/2 cawan susu pekat manis 1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek (saya guna tepung gandum je) 1 sudu kecil baking powder 1 sudu kecil soda bikarbonat 4 biji telur 1 sudu esen vanilla Dalam ni takde gambar telur,buttercup hehe tak teringat nak masukkan s

Pavlova Gebu Gebas

Image
Hye uolls!  Mesti korang suka makan pavlova kan? Betul tak...hehehe manis jugakla makanan ni,yang mengidam nak makan pavlova ni boleh la try kat rumah. Jimat uolls! Boleh buat banyak banyak. Yelaa,kat luar sana kan harga nya kemain mahal jugak la even yang mini tu. So,ni resepi 😉 Bahan-bahan ; 4 biji putih telur 3/4 cawan gula kastor 1 susu besar tepung jagung 1 sudu teh esen vanila 1 sudu teh cuka makan           Bahan-bahan hiasan ; Wiping Cream Strawberry di potong dadu Kiwi di potong dadu Blueberry Markisa di hiris                         Cara-cara membuat pavlova ; Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu. Masukkan gula kastor sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental. Masukkan tepung jagung, esen vanila, dan cuka dalam bekas kecil. Kacau hingga rata. Masukkan ke dalam adunan telur dan gaul hingga rata. Letakkan adunan di atas baking paper yang telah di buat bulat. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan s

Resepi Coklat Brownies Yummy!

Image
Hai assalamualaikum semua 😊 😊 Ada masa lapang ni,saya nak kongsikan satu resepi dessert yang mostly digemari ramai especially remaja sekarang. Bukan setakat sebaya kita je yang suka benda alah ni,budak 4 tahun pun suka tau makan.  Coklat Brownies   ini sangat popular di masyarkat malaysia kerana rasanya yang sangat sedap dengan 3 jenis coklat di dalamnya. resepi ini mudah dibuat kerana brownies ini jenis yang tebal dan dense serta berat. Sebenarnya kek ini sudah cukup lama popular dan dikenali dengan nama  Chewy Gooey Yummy Brownies .  Bila korang ingin mendapatkan rasa yang lebih sedap mesti menggunakan bahan-bahan brownies yang agak mahal sedikit dan pilihlah chocolate masakan yang berkualiti. Takpela mahal sikit kan,asal kita makan tu mmmm puas hati dan ngam dengan citarasa kita...hikhikhik... Selain tu korang boleh pakai pure butter dan chocolate Chips atau Kacang bila suka. Ok ini bahan-bahannya

Resepi Nasi Goreng Kampung Simple dan Pedas

Image
Assalamualaikum,entry kalini pulak saya nak kongsikan resepi nasi goreng kampung iaitu masakan yang paling digemari ramai. Nasi goreng kampung sangat mudah di dapati di Malaysia kerana semua orang boleh buat dan menggemarinya. Nasi goreng memang memiliki banyak versi dan salah satu resepi yang pernah caya cuba adalah nasi goreng pataya dan nasi goreng main campak campak je(nasi goreng hidangan pagi hahaha)  tetapi nasi goreng kampung sangat berbeza dengan nasi goreng lain kerana nasi goreng ini sangat popular dengan rasanya yang pedas.  Sebenarnya, semua orang boleh dapat menghasilkan nasi goreng yang sedap tetapi mesti betul kena teknik dan caranya. Apabila saya memasak nasi goreng biasanya saya menggunakan nasi yang sudah sejuk dan kalau dapat saya guna nasi yang tidak lembik dan menggumpal. Sebab sangat tidak elok dan cantik apabila nasi goreng bergumpal-gumpal macam itu dan melekit. hehehe mesti korang pun tak suka kan makan nasi yang lembik dan menggumpal. samalah ma

Resepi lasagna leleh

Image
Hye koranggg! 👀 Harini saya akan berkongsi  resepi lasagna leleh yang mudah dan ringkas. 😁  Sebenarnya ini kali pertama saya buat lasagna. Rasa ingin mencuba tu membuak-buak lepas saya makan yang kawan buatkan masa kitorang ada portluck kecil-kecilan di pantai. Kitorang buat reunion sekolah rendah kononnya,so berbincanglah untuk bawak makanan masing-masing. Saya tak bawak makanan pun,bawak diri je time tu. Tak adil kan ? Hahaha Try la tanya kawan pasal resepi lasagna dia buat tu. Sedapppppp !! 'weh kau buat cemana benda alah ni?' 'alaaa wei,aku google je resepi dia,pastu aku try la buat'   Balik rumah tu terus google resepi lasagna ni. Tupp! Terus rajin nak geladah dapur. Ok, jom tengok bahan ape yang perlu kita geladah dapur dan macam mana cara nak buat lasagna mudah dan sedap ni. Bahan inti lasagna 1 pack lasagna instant 1 pack daging kisar ramlee 3 biji bawang merah (dipotong dadu) 6 ulas bawang putih (dicincang ha

Nasi Tomato & Ayam Masak Merah

Image
Hye uolls! 👋💞 NASI TOMATO  Bahan-bahan: 1 labu bawang sederhana besar - hiris halus -Bahan A 2 ulas bawang putih - tumbuk - Bahan A 3cm halia - tumbuk - Bahan A Rempah ratus ( kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih, jintan manis & putih ) -Bahan A 5-6 sudu tomato puree 2-3 cawan beras basmathi Air ( lebih 1/2-1 cawan daripada masak nasi biasa ) Mentega Minyak untuk menggoreng Garam, serbuk rasa Daun pandan Cara-cara: Panaskan minyak dan 3 sudu mentega di dalam kuali, goreng Bahan A hingga naik bau dan masak, masukkan tomato puree dan tutup api. Basuh beras di dalam periuk nasi dan kemudian masukkan Bahan A yang sudah digoreng ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan tambahkan air dan 1-2 sudu mentega lagi. Agak-agaklah air tu tapi saya lebihkan 1/2 cawan air untuk 2 sukatan beras. Masukkan garam dan masak seperti biasa. Bila nasi dah masak, buka penutup periuk dan kacaukan nasi bagi rata. InsyaAllah n